Cerita Internet & Life bulan May Jun

Jun 15, 2010 by Syaliza Ramlan
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekelian alam.

Hari ni aku menulis pada waktu yang jarang aku pilih utk berinternet.. waktu sampai di rumah selepas pulang dr office. Aku tak sabar nak menulis kerana rasa gembira, lapang, relax sedang berada bersama aku. Semua kerana waktu aku pulang ke rumah; setelah mengambil Julia di playschool & membeli nasi ayam kampung DPaku; aku lihat rumah aku bersih, semua kerja sudah selesai, kain baju dah berangkat & bersidai di ampaian (memang trend aku jemur baju semalaman - balcony besar but no direct sunlight), tiada sampah dapur, lantai bermop........... Ah..! Leganya! Terima kasih suamiku..! Sesekali meringankan kerja aku, indahnya!.. I Love u.

Jadi aku cuma tinggal mandikan Julia, makan bersama Julia, layan dia tgk tv & selainnya buat kerja aku sendiri. Kan Seronok suami isteri berkerjasama mcm ni, lebih lagi waktu kerja aku & suami aku berlainan. Harap berterusan mcm ni, lebih lagi kami merancang nak bagi Julia adik. So, baru adil.. suami isteri sama2 kerja cari rezeki + menjaga rumahtangga.

********************************
rehat mandi, maghrib, makan sekejap.
********************************

Pergh.. sedap betul Nasi Ayam Kampung Goreng D Paku. D paku ni berniaga dari lori je. Org Kelantan. Sgt sedap. Lori dia parking ontheway nak naik ke bukit ke rumah aku, dekat2 rumah Dato' K Siti. Harga nasi kosong yng diletak 3 jenis kuah (tak tau kuah apa), acar timun & ayam kampung pilihan sama asa percik or goreng = Rm6.  Sedap weh.. Memang heaven! Tengahri dia berniaga kat Setiawangsa. Tak pasti kat mana. Tapi aku tak boleh beli hari-hari... naik badan aku!

************************
Bisnes
Tadi aku dapat order Cake Pops. 50 batang. Hmm 50 batang memerlukan aku masa 3 hari (sebab siang aku kerja office) untuk preparation. Sebenarnya Cake Pop lebih leceh pembuatannya dari cup cake. Byk peringkat nak sediakan cake pop. Klu org tak tau, dia katalah sebatang RM2.50 tu mahal. Tapi kalau org yang appreciate hasilnya, ok je harga tu. That's why aku tak dapat amik lebih order dari 100btg. Aku tak de assisstant. Hubby aku klu tolong pun, baru bungkuskan 5 batang cake pop, dah give up. Dia kata senang sgt kerja tu.. nak yg mencabar punya.. nak buat cake tu sendiri.. aiyak.. macam mana nak 'redha' bagi dia buat..? Habis la air tangan mak..
Nak lebih banyak Cake Pops? Layari http://sy-gallery.blogspot.com

***********************
Artikel Utk Hari Ini
Tadi aku baca pasal Sufiyah Yusof di internet. Entah macam mana aku boleh terbaca. Rupanya famili mereka ada blog sendiri. http://www.learnerade.com/index.html . Sedih kisah asal Sufiyah tu. Tu yang terjadi macam tu. But now dengarnya dia dah melakukan kerja2 amal kat UK. Aku kesian basa kisah awal ibu dia yg membesarkan anak2 nya seorang diri. Sufiyah tu mungkin terlalu awal sgt menjadi dewasa & menempuh proses kedewasaan. Dipaksa benda yg dia tak suka oleh bapa dia. Aku nak juga anak aku pandai & genius. Yng biasa2 sudahlah. Yng normal. Dlm web tu juga (yg ditulis oleh mak Sufiyah ni) ada tips utk membentuk anak genius.

***********************
Gila Youtube
Aku sejak 2-3 minggu ni dah addicted to Youtube. Aku pun tak tau lah. Macam-macam lah yg ada dgn Youtube ni. Daripada 'Islam', cerita 'Convert', ..sampailah ke Juara Lagu dulu-dulu. Best juga tgk pengakuan cerita2 matsalleh US yg convert Islam. Macam2 reason. Antaranya ; ada lelaki ni masuk islam sebab Bible. Yang best tu ada yang masuk Islam sebab YouTube. Yelah, youtube kan macam2 ada.. dan hati2 menonton, takut kita terpesong pulak agama. Banyak pro&kontra la youtbe ni. 

Pasal Juara Lagu pun best juga. Ntah mcm mana la aku tertengok.. Tengok zaman Zaiton Sameon dulu menang 1987. Teringat zaman kita masa kecik2 dulu tgk tv3. Masa tu dah rasa gah sgt la rancangan Juara Lagu 87 tu. Bila tgk balik sekarang tidaklah secanggih mana stage dia. Tapi, nak cakap kat sini, lagu2 dulu tak sama dgn sekarang... Dulu punya lagu bila dgr masih segar lagi la irama dia. Penyanyi dulu menyanyi perasaan dia jujur, bukan dibuat2. Juara Lagu mesti ditunggu2 depan TV dulu. Masa satu keluarga berkumpul. Aku tengok balik masa zaman Search, Wings kat Juara Lagu.. tahun berapa tak ingat. Pergh.. mmg persaingan hebat! Memang menggamit kenangan zaman persekolahan!... Aik? Macam lirik lagu 'Tiara-Kris' je?.. Hehe.. Ni pun aku tgk. Dia masuk Juara Lagu jugak. Memang teringat zaman dulu2.  
Ada satu zaman Juara Lagu dipenuhi dengan band2 rockers macam Damasutra, Ilusi, May, XPDC.. mcm2 lagi. Masa dulu aku tak suka tgk. Bila tgk balik baru ni rindu pulak. Tengok baju diorang masa bertanding, aduhmak.. kelakar gak la. Berkilat & berambu2. Pastu ada satu zaman pulak, semua kategori 'Irama Malaysia' penuh dgn lagu dangdut. Hahaha.. Tak Malaysia langsung!.
Aisyah tak kurang hebat.. sgt hebat. Aku minat dia. Sempat juga la aku tgk video klip dia masa dgn The Fanclub (band from New Zealand yang masuk carta Billboard US no.10). Fuh! Hebat dia. Mana ada artis Malaysia yg mcm tu!
Yang evergeen M.Nasir la.. Mmg byk bolot dulu. Bila zaman Siti masuk, hmm.. dia saja lah. Masa zaman Siti mula masuk, Awie, Mnasir & semua otai2 lain dah tak byk masuk. Ziana Zain je la yg ada sampai skrg.

Itu belum cerita aku addicted tgk siri The Nanny kat Youtube. Semua season ada. Aku byk termiss. Cerita lama yg masih fresh lawaknya. Nak tgk Desperate housewives, mana ada org upload full. Cerita baru. Copyright kenala diorg jaga.

Tula cerita youtube. 
**************************
Random
Ok.. aku upload serba sikit foto. Mana-mana yg ade lah.

Aku & family waktu hantar mak Umrah.
Mak & adik2 aku.
My famili

Wajah2 comel Julia yang kini 2 tahun 7 bulan.
Julia suka melukis. Ada bakat macam maknye. Ehem.
Ni muka Julia selepas menconteng pen ke muka sendiri. Lepastu tgk cermin menangis takut.

Okay. Itu saja buat masa ni. Aku pun tak tau samaada ada atau tidak atau siapa pembaca setia blog aku. Aku sendiri dah tak setia membuka blog ni. Asyik buka blog aku yg lagi satu je. Blog bisnes. Kalau lah ada silent reader yg setia baca blog life aku ni, tinggal2 kanlah comment.. takpe.. i lagi suka! Boleh kenal org.. 
Ok!.. Jumpa lagi di penulisan seterusnya!
Posted in Labels: , | 2 Comments »

2 comments:

wakgelas said...

sungguh comel dan comot... hi hi hi

Syaliza Ramlan said...

tq.. Julia memang comel & comot!

Related Posts with Thumbnails