Bersalin, Berpantang & Alergi Selepas Bersalin

Feb 8, 2012 by Syaliza Ramlan
Assalamualaikum.
Menulis kembali. Cuba curi masa utk diri sendiri utk update personal blog. The best time ialah masa sunyi, husband tiada di rumah, semua dah settle, anak dah buat aktiviti sendiri dan dah makan.

Bersalin.
Ok. Saya dah bersalin pun 3 minggu lepas; pada 18 Jan 2012. Baby girl, lahir pukul 11 pagi, berat 2.89kg, panjang 48cm, by caesarean. Kenapa ikut perut?.. sebab same case macam Julia; pintu uteres tak buka.. cuma 0.5cm setelah sakit contraction dah lama dari mlm b4 tu. Baby pun dah distressed. Dah terberak pun dalam rahim. So, doktor suggested kena caesarean sebab tak logik contraction high tapi masih opening 0.5cm. Jadi, saya pun pasrahlah... Cuma experience kali ni berbeza sikit. Dulu ada amik epidural sebab konon nak tunggu bukak sampai 10cm. Tapi tak berjaya. So, buat caesarean menggunakan epidural yg dah sedia ada tu. Separuh badan sedar. Tapi masa tu (masa beranakkan Julia), pinggang ke bawah boleh gerak lagi, cuma tak sakit langsung. Kebas2 gitu je. Kalau lenguh boleh jugak la tendang kaki.

Yang kali ni... rasa nak jerit kuat2! Masa nak operate tu, dia buat enjection kat spinal, sama macam cara amik epidural. Cuna jarum dia kecik, dan tak sakit pun mcm amik epidural. Tu ok lagi lah. sekali dah baring atas katil operation tu, mulalah rasa kebas dari pinggang ke kaki. Kebas sampai lumpuh! tak boleh gerak langsung!. Masa tengah belah perut tu tak pe lah lagi. Baby keluar pun ok lagi.  Kejap je baby keluar, dgn 'splash' berak baby sekali! Lupa lak nak kena jahit. Lama tul! Tu yg rasa nak jerit tu. Lumpuh habis. Dah habis jahit, diaorang tolak ke bahagian recovery, panaskan badan dekat 1 jam kot. Masa tu rasa nak jerit dah sebab tak leh gerak kaki lenguh tapi kita boleh tengok jelah jari kaki tu. Ishh.. mcm tulah ye perasaan org lumpuh ye.... insaf sekejap...........
Pastu masuk wad. Nurse kata bius ni akan hilang dalam masa 6 jam lagi. Masa tu pukul 1pm, jadi pukul 6pm le jawabnya aku boleh menggerak-gerakkan kaki.... sabar... sabar.. dengan menggigil lagi effect dr bius tadi.. ishh seksa!.
Hmm. tu pasallah agaknya epidural tu mahal kalau amik. Ada bezanya dgn spinal injection ni. Fungsinya je sama.

Dah pukul 6 tu barulah beransur-ansur kaki boleh gerak. tapi, mulalah dah terasa sakit bahagian kena belah tu. Hmm aku lebih rela terasa sakit kat tempat belah, asalkan kaki yg lenguh boleh digerakkan.. serius!

Kali ni, husband saya boleh masuk ke operation theatre. Masa beranak di KPJ Kajang dulu tak boleh. Dia tergamam je tengok. Sayang tak record. Padahal boleh je. Kalau dia tak insaf2 jugak tak tau lah......

Berbalik pada baby saya yg baru. Kami namakan Sufia Raihan. Baby sihat, ada jaundice sikit. Hari ni dah ok dah... alhamdulillah. Masa saya dah boleh discharge dr hospital, baby belum boleh lagi. So tinggalkan semalaman. Saya cuma bagi susu yang dipamkan. Dapatlah 100ml sekali pam. Orang kata dah banyak tu untuk pertama kali selepas beranak. Alhamdulillah..

Berpantang
Dah 3 minggu berpantang di rumah sendiri. Rumah mak kat sebelah je. So, mak tolong mandikan baby dan sediakan makanan pantang dan makanan husband & Julia je. Kerja2 rumah lain saya hire maid indon datang rumah 2 hari sekali. Kalau ada hari2 kat rumah pun saya rimas. Dia habis kerja je dia baliklah.

Cerita pasal makanan pantang, 2 minggu pertama asyik berlaukkan sup & singgang je. Berselang2. Sampai muak. dah masuk minggu ke 3 barulah ada yg bertumis sikit; masak kuah asam lada hitam. Ulam2 pun ada.  Kekadang ada gak saya curi2 mkn ayam goreng Julia, minum air sejuk... hehe.. tak tahan ko.. panas!

Saya kena satu simptom baru pulak. Allergy after giving birth or pregnancy. Dah search pun kat internet. Hari ke 5 tu, gatal2 naik kat 2 tangan, leher & muka. Bintik2 merah rapat2. Gatal & miang. Mulanya kami ingat salah makan jenis ikan. Saya cuma makan ikan merah, tenggiri & jenahak je masa tu. Dah.. tak pasal2 ikan2 tu kena tuduh punca gatal. Dah tak makan ikan2 tu pun masih naik juga gatal2 terutamanya waktu malam. Dah pergi klinik , dia bagi calamine lotion & ubat allergy yg sesuai utk breastfeeding. Kurang sikit. Cuma masih lagi gatal2 tempat sama sampai sekarang walau tak seteruk mula2 kena tu. Petua nya jgn garu je. Tahan je lah. Calamine tu cuma nak bagi lega kejap je. Muka ni dah rasa gerutu lak. Kulit2 kering dah nampak kat muka. Ishhh..... itulah pengorbanan ibu tau..... mcm2 sakit! Yg leceh gatal kat tangan lah... mana nak pegang baby lagi, nak menetek, nak rasa menggaru lagi... ishhhh. Semua kena beralaslah. Kalau rambut kelapa baby kena tangan yg gatal tu, mmg merah lah..

Saya dah tanya beberapa kawan kat FB, memang ada yg kena symptom ni. Cuma lain2 tempat je. Kat google pun ada yag kata, sesetengah org kena allergy lps bersalin ni seumur hidup kerana perubahan hormon yg permanent. Ada yg beberapa bulan. Ada yg kena kejap je. Harapnya yg saya punya ni temporary je.

Yang penting dalam masa berpantang ni, sokongan dari org sekeliling. Suami terutamanya. Emosi org selepas bersalin ni lain. Sensitif. Dah lah tak boleh kesana kemari.. Berjalan pun perlahan. Nak buat kerja mcm biasa tak boleh. Nak jaga baby lagi. Malam banyak berjaga. Siang tak tentu boleh tido. Kekadang layan tetamu melawat. Kekadang kerenah anak pertama pun kena layan. Suami pun nak jugak kena layan makan minum. Diorng bukan paham sgt pun. Nak beli barang kena pesan orang. Orang pun bukan paham sgt apa yg kita nak. Ishh... Tulah cabaran seorang ibu ... yang sepatutnya org sekeliling kena faham. Saya ni, kekadang org faham. kekadang org buat tak faham.... kekadang malas nak bercakap. :P

Menghitung Hari

Jan 13, 2012 by Syaliza Ramlan
Assalamualaikum... Hai!
Sekarang ni sedang bercuti. Sedang tunggu my 4 yrs old princess bangkit dari beradu. 10.40am dah ni. Dia pun cuti juga. Hai... Mcmana nak train dia bangun awal lepas dah masuk sekolah blk nanti..
Hm.. Tak sabarnya nak menunggu masa baby keluar ni... Now saya dah nak masuk 40weeks pregnancy. Dah matang dah. Lagi 2 hari je..... Aaaarghhh....! Takutnya! Tapi tak sabar! Tak tau apa jadi. Normal ke .. Caeser.... Nak try normal.. Tapi takut. Dah mcm2 video kat youtube saya tgk . Klu mat salleh tu senyap je beranak. Kat rumah pulak tu . Tak jerit pun. Kat malaysia ni pun ada kaedah 'hypnobirth'- takleh teran, guna teknik pernafasan je. Aiyo...yo... Kursus dia rm800 gak.

Saya check up monthly kat Columbia Asia Puchong. Masa awal pregnancy utk decide nak checkup mana, saya search intenet. Entah mcm mana terjumpa blog n web Dr. Raja Juhaidah. Dulu dia kat KPMC Puchong. Best pulak baca web dia dan tgk video dia sambut baby. Terus gi Columbia Asia jumpa dia. Dia pun ok. Peramah. Kita tak rasa kekok. Kelakar pun ye. Tu yng buat kita yakin. Cuma paed je tak tau siapa.
Dr. Raja kata dia nak as natural as possible. Klu overdue pun (15 jan 2012) dia akan biar dulu sbb dia kata mmg baby akan kluar juga. Klu boleh takmau induce. Kita tunggu dan lihat. Takut....!

So klu dah bersalin nanti saya update lagi insyaallah. Susah sgt nak upate blog. Padahal kat hujung jari je boleh update. Lagi mudah teknologi lagi malas!

Ok wish me best of luck!

Ni goodie bag dari doktor before bersalin ..

Updates... Setelah lama diam

Oct 21, 2011 by Syaliza Ramlan
Assalamualaikum. Firstly nak mintak maaf kat blog sendiri sbb dah lama sesangat tak uPdate. Pertama kerana malas nak buka blogger.com. Second, takde time. Third, my blackberry tak user friendly mcm my new phone ni; iphone. Boleh tsgsddfaTty mcnghffbuka egblogger n taip sesuka hati kat mana2. Now saya kat atas kat dlm gelap menaip di phone smbil baring. Cool kan?

Cerita tertunggak pun dah terlamPau byk, sampai tk tercerita.
Skrg saya seorang mak buyung. Pregnant dah 6 months dah. Alhamdulillah mmg menunggu sgt nak another child. Tapi lagi kita pregnant, lg byk pulak kerja office ni ... Ishh... Saya kena jgn presure kan diri. .. Takleh stress. Tp dah byk kali stress dah. Masa zaman mabuk awal2 hari tu lagi lah... Ishhhh... Rasa dah give up dah. Tak sbr pulak nk beranak, pamper kan diri.. Cuti panjang. Tapi kerja syg juga. Rasa nak g jauh lg.

Ooklah.. Dah lewat n mata dah separuh ni. Next time cerita. Ok. Ciao!

Susu Anak Saya & Eczema Dah Baik!

Mar 28, 2011 by Syaliza Ramlan
Assalamualaikum.
Tak boleh tulis "salam' je.. or " askum" .. ke.." selamekom" ke.. nanti hantu kom-kom cari.

Ni pagi2 dah nak buka blogger. Padahal tengah kemas rumah, tengah nak buang sampah. Tadi tengok tin-tin susu Julia yg dah kosong siap saya basuh byk pula, sayang nak buang. Tak tau nak buat ape, klu simpan menyemak, tu yg dok search terus internet.. manalah tau ade redemption utk tin susu ni. Bagusla teknologi sekarang.. semua dihujung jari.. nak tau benda apa-apa je, terus tekan laptop or hanphone. Kat rumah la tu........ kat office aku??? hampeh kedekot nak bg internet!

Julianow dah tukar susu dah 3 weeks dah. Dulu pernah minum Enfalac & Enfagrow. Then bertukar pada Sustagen (satu syarikat dgn Enfa but murah sedikit, still dikategorikan susu mahal. Kalau kat giant tu dok dlm almari kaca lah). Pernah try sekejap susu Anmum, but julia tak boleh berak.. sembelit. Kesian dia. Balik balik Sustagen.  Dia dah besar sikit umur masuk 3 tahun kami fikir nak tukar susu murah yng biasa. Tukar la Dutchlady. Nak murah sikit sebab too much spend duit kat susu & diapers dia je. Lagi pun nak latih kot-kot nak dapat baby baru.. belanja susu & diapers kena kira.

Sejak bertukar Dutchlady ni lah bermula macam2 episod. Masa sebelum kami nak tukar tu, asalnya Julia ni suddenly kena sembelit, seminggu tak boleh buang air. Jumpa doctor makan ubat, nak berak seksa sgt. Kesian. Sampai meneran kat pagar rumah lah. Atuk pun datang tolong ajar dia meneran.
Julia masa hari itu meneran dalam potty selepas puas meneran sambil berdiri kat pagar.. eii.. busyuk!

Bila dah kaji, Julia masa tu dah berumur 3 tahun, so memang kena tukar susu 3-6 tahun patutnya. Before ni minum 1-3. Kandungan fiber utk 3-6 tahun lebih tinggi. Mungkin perut dia dah tak leh digest susu 1-3 kot sbb padat & halus. Dia perlukan labih byk fiber. So, kami amik kesempatan ni tukar susu Dutchlady tu. 

Bila dah minum, dia buang air pun ok. Tak sembelit lagi. Tapi ada masalah lain. Dia punya kulit pula.........
Naik gatal2 & ruam. (sila rujuk entry blog saya before ni ). Lama juga.. saya pun not sure lah sama ada sebab susu ni ke atau memang dia nak kena atau eczema tu baru nak jadi dlm umur ni. 2 bulan jugalah kami ikhtiar cari ubat. Doctor dah macam-macam. Saya pun dah cerita dah dlm entry sebelum ni (jika peminat-peminat semua sudah membacanya,.... chewah! - Saya dpt byk reply kat email tau pasal entry tu!)


Rosy Cheek!

Dan sekarang alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab Julia dah sembuh. Orang semua tegur muka dia dah lain. Pipi pun tembam sikit. 
Saya buat apa tau..! 
2 week lepas, saya gi klinik yg pernah saya gi kat Puchong for the 3rd time. Kulit julia tak sembuh2 lagi. Naik ke muka tompok2 pulak. Dia terus suggest gi Sunway Medical Centre. Ada Dermatologist kat sana. Semua tu under insurans husband saya punya tempat kerja mulanya. Bila kami pergi rupanya hanya dematologist je yg tak cover, specialist lain insuran cover. Kami tawakkal je lah harap-harap harganye nanti tak mencapai RM800!. Sebab dermatologist ni bukan boleh main-main.. dia boleh charge harga mcm tu utk setakat nak rawat panau kat badan! Ini kes benar nih!

(.. bersambung taip esok malam nye.. balik dari kerja)

Masa check tu, doc tu kata "Ini Eczema.." Kan saya dah cakap dulu.. Ini eczema. 
Saya rasa dulu tu memang eczema but dah dijangkiti scabies (hama).
Byk dia bagi ubat. Now dah baik pun saya masih musykil.. adakah saya masih perlu meneruskan bagi Julia makan ubat tu? Sebab bekalan utk 2 weeks. 1 minggu lain ubat, minggu seterusnya lain ubat. Sekarang saya ada skip-skip juga ubat tu.

Inilah ubat-ubatnye..
Doc kata eczema ni datang & pergi. Faktor genetic. Memang sebelah hubby saya ada eczema. Eczema sgt berkait rapat dgn asthma, psoriasis & resdung.
Saya taknak letak gambar Julia masa sakit.. hubby tak kasi..

Lagi satu, dalam masa minggu yang sama, kami tukarkan juga susu Julia sebab dia makin kurus. Dari Dutchlady ke Pediasure. Tu dia.. terus melompat ke susu yang paling mahal!
Julia minum perasa coklat. Terus suka. Memang sedap. Before tu ada beli Isomil (Soya based) sebab nak cuba mana tau Julia alah laktos. Tapi tak logik juga, dah umur 3 tahun pulak baru nak alah laktosa? Entahle.. Dah terjadi satu pembaziran... Isomil pula tak sedap... Nak muntah  baunye..

Bila dah dengan Pediasure ni, dan juga ubat2 tadi, kulit dia clear terus. Syukur sgt-sgt, Alhamdulillah!. Jadi kami maintain kan je susu tu.. mahal pun mahallah.. asalkan Julia sihat. Lagi satu perkembangan, Julia sgt berselera makan. Badan pun dalam seminggu dah naik. Pipi dah tembam sikit. Memang dah lama tk tgk pipi Julia berisi since umur 5 bulan. Harap semua ni berkekalan lah ye.. Moga-moga...

 Ni masa baru-baru nak merebak eczema .Tengok kat lipatan siku & leher Julia. Kat muka tak naik lagi masa ni.

Ini gambar terbaru, leher & muka dah clear.

Apa-apa pun thank you so much pada pembaca-pembaca yg ada memberi feedback kat saya. Sekarang saya & hubby menunggu rezeki sebagai hadiah kami untuk Julia ----- Adik Julia. Kesian Julia main sorang-sorang. Takde kawan. Jumpa cousin mesti tak nak balik. Semalam tgk cousin baru Julia - Hannah Nabihah ( baby baru kakak saya). Orang kata kalau cium2 baby baru lahir, cepat berjangkit mengandung nih! Saya pun mencium baby baru 5 hari lahir tu puas2... harap2 berjangkit lah! Hehehe... Doa kan saya ye!

BBerry

Feb 22, 2011 by Syaliza Ramlan
Salam smua
Now saya kat klinik menunggu doc krn demam batuk dah seminggu lebih.
Lupa sy nak bgtau sy now dahh dihantar bekerja di branch shah alam. Dah seminggu juga. Mungkin selamanya?

Menaip di blackberry ni sedikit menyusahkan. Byk feature yg bagus tp bab menaiip susah skit especiaally nak sms org semasa driving. Susah nk buat sblh tgn. Tak friendly. Bab email,fb, twitter, internet.. saya suka!
Memang slh sms waktu drive tp tapi korang semua mesti pernah buat kan klau terdesak?
Related Posts with Thumbnails